Mengemas pokok salak

Pelepah dan anak pokok salak perlu dipotong setiap masa, kalau dibiarkan akan menjadi semak dan susah untuk masuk ke kebun.

Bagaimana pun kena hati-hati untuk memotong dan memungut pelepah-pelepah yang telah dipotong kerana banyak duri….silap-silap tercucuk bisa jugak rasanyaaa…

Sedang memotong pelepah salak

Sedang memotong pelepah salak

Perlu berhati-hati...nanti terkena duri.

Perlu berhati-hati...nanti terkena duri.

Buah salak berada di luar bila pelepah selalu dibuang.

Buah salak berada di luar bila pelepah selalu dibuang.

Buah salak jelas kelihatan dan senang untuk dipetik bila pelepah sentiasa dipotong...

Buah salak jelas kelihatan dan senang untuk dipetik bila pelepah sentiasa dipotong...

Itulah sedikit tips untuk tatapan semua….

11 thoughts on “Mengemas pokok salak

  1. ibrahim berkata:

    Bagaimana agaknya jenis salak nie dari segi rasa, pasaran dan hal-hal lain?

  2. ibrahim berkata:

    Adakah pokok ini memerlukan baja tambahan atau hanya nutrein semulajadi tanah yg bagaimana, tepi sungai atau tanah gambut?
    Terima kasih

  3. zakirawang berkata:

    Sangat penting baja tambahan untuk kesuburan bunga dan buah, pokok salak boleh tumbuh di pelbagai jenis tanah asalkan bersaliran baik, maksudnya pokok salak tdak tahan genangan air yang lama.

  4. zakirawang berkata:

    Rasa buah salak ada beberapa jenis ada kelat manis , masam manis, ada yang lemak manis. Untuk mendapatkan rasa buah yang sedap untuk dimakan buah mesti cukup masak. Pembeli selalu terkena bila beli buah salak tidak boleh dimakan kerana masam dan kelat yang keterlaluan. Sebenarnya buah tu dipetik belum cukup masak. Memang tak berbaloi dengan harga yang mahal kemudian tak boleh makan. Saya sangat mementingkan aspek ini supaya buah sedap dimakan walaupun buah salak sememangnya ada rasa kelat, masam, manis dan lemak. Pasaran buah salak boleh dikatakan sangat bagus. Jarang sekali kita dapati lambakan pasaran buah salak sehingga harga merudum. Disebabkan permintaan yang tinggi inilah petani memetik buah yang belum cukup masak menyebabkan pembeli serik untuk makan buah salak.tq

  5. Ibrahim berkata:

    Satu lagi perkara, Bagaimana bentuk pemasaran selain daripada kita bergantung kepada jualan buah segar semata atau dijeruk, sebab yang saya dapati buah nie tidak tahan simpan lama.

    Terima kasih

  6. zakirawang berkata:

    Boleh buat jus buah salak , dibotolkan dan dijual. boleh tahan lama. Peluang yang sentiasa terbuka sebab bahan mentah dah ada cuma mahu tahu cara membuatnya dan kos sahaja.tq

  7. eja berkata:

    Cume ingin btnya..skrg musim ke enck?ssh sya nk jmpa buah salak skrg ni

  8. abg z berkata:

    macam mana nak tahu pokok selak jantan atau betina masa masih kecil

  9. zakirawang berkata:

    Buah salak tak ada bermusim, sentiasa ada, cuma bulan april hingga julai buah banyak sikit berbanding bulan-bulan lain. Kalau benih dari biji tak dapat kenal lah jantan ke betina. Bila bunga tahulah.

  10. zakirawang berkata:

    masa kecil ada susah sikitlah. saya pun tak buat kajian tentang itu.

  11. azizan berkata:

    en zakir…
    1. apakah baja sesuai yg digunakan…2. kena pakai racun x…..3. Jenis penyakit yg selalu menjangkiti pokok sala…
    sekian terima kasih…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s