Snake Fruit / Salak Fruit / Buah Salak

ini gambar-gambar buah salak . rasanya masam ,manis, lemak ada kelat sikit..baik untuk kesihatan..


Advertisements

21 thoughts on “Snake Fruit / Salak Fruit / Buah Salak

  1. nak blajar says:

    cam mana nak tau buah salak dah masak?

  2. zakirawang says:

    Banyak cara. Paling bagus rasalah sebiji. Kalau dah manis ambillah semua tandan tu. Satu lagi kalau dah cukup masak buah senang lerai dari tangkainya. Kulit buah yang sudah masak lebih cerah dan senang dikopek.

  3. zulkifly says:

    Assalamuailaikom,
    Berapakah lama masa untuk berbuah?,bermusim atau sentiasa berbuah,jarak tanaman,peringkat semaian umur berapa bulan sesuai
    ditanam?
    Terima Kasih.

  4. zakirawang says:

    Salam… pokok salak ni berbuah biasanya 2 setengah tahun….(dah dapat hasil) Ianya tidak bermusim tapi kena tahu caranya supaya buah sentiasa ada…yakni kena selalu pergi chek bunga betina, kalau ada yang baru kembang kena debungakan segera. Jarak pokok pulak dalam 2 meterx 2 meter ( yg ideal ) tp saya tanam hantam je dalam semeter…..(jimat ruang) Alhamdulillah ok je. Tapi pelepah tu kena selalu potong supaya tak semak… Semai pokok..2 bulan lebih dah boleh tanam (ambil dari tempat semaian). Kalau daun dah ada 3,4 helai tu dah kira dah boleh tanam. Kalau tanam di tempat lapang elok di tutup sikit dgn daun kelapa ke atau pun penutup hitam…kot kering le.

  5. zulkifly says:

    Assalamuailaikom,
    Saudara ada berapa jenis salak sekarang nie,baka yang manakah yang cepat berbuah,tahan penyakit,cara rawatan yang diberikan ,harga pasaran sekarang,adakah pihak saudara ada mengadakan kursus pendek berkenaan tanaman salak.
    Terima Kasih.

  6. zakirawang says:

    ada beberapa jenis, salak madu banyak jenis berdasarkan warna kulit buah, ada coklat tua, coklat kuning, kuning hijau, coklat hampir hitam.. lain warna lain rasanya. salak indon pun ada juga tapi tak banyak pokoknya agak besar. Salak madu cepat berbuah 2 1/2 tahun dah dapat hasil. Penyakit salak ada tapi tak berapa siriuslah. Begantung pada keadaan tanah. Kalau tanah sawah yang kelembapan tinggi ada sikit masalah terutama reput akar pokok mati, kalau tanah daratan pokok tiada masalah. Ada juga serangan kumbang kelapa, serangan kulat. Kalau tanah sawah saliran perlu bagus, kumbang tak selalu serang pokok salak, nak selamat tanam kelapa untuk kumbang dalam kebun salak. Kursus itu masih dalam perancangan. harga buah salak sekarang sekitar minima Rm 6.00 dan maksima rm12.00.semoga bermenafaat.

  7. zulkifly says:

    Assalamuailaikom,
    Terima kasih atas info tersebut,bagaimana harga sepokok,dan harga kalau ambil banyak dan boleh dapatkan alamat lengkap serta no telefon,terima kasih.

  8. zakirawang says:

    Harga sepokok RM2.50, Kalau ambil banyak RM2.00. Alamat Kg Paya Rumput Jaya Sungai Udang, Melaka. Kampung yang menang Kampung Daya Wawasan peringkat Kebangsan. tel. 012-2736754- zaid . Stok benih ni terhad. kena tempah dululah sebab sekarang benih yang besar agak terhad.

  9. Ali Sundra says:

    Dikampung saya Kampung Kenagan Manis, Batu 12 Sandakan, Sabah, banyak mengeluarkan hasil buah salak madu..pengeluaran hampir setiap hari dalam kuantiti yang banyak..sekiranya ada pihak yang berminat untuk membeli secara borong boleh hubungi saya ditalian
    013-8728969 ( Mr. Ali)

    Sekian, Terima kasih.
    Harap dapat membantu.

  10. zakirawang says:

    Salak yang saya tanam pun asalnya dari sabah juga bah.

  11. farid says:

    binatang apakah yg selalu menyerang pokok salak/ adakah beruk dan babi menjadi ancaman?

  12. zakirawang says:

    ya, selain binatang ada juga penyakit lain,contoh serangan kulat dan reput akar….

  13. Tanpa Nama says:

    bagaimana cara nk bagi buah salak dalam bungkusan tahan lama lebih kurang seminggu?

  14. zakirawang says:

    bungkusan ada lubang udara, buah tu tak boleh terlampau masak. pastikan kulit buah tak terkoyak masa ceraikan dengan tangkai.

  15. no name says:

    ape nme saintifik salak madu dari sabah ye?variety ape?

  16. wan says:

    soalan
    1. 1 ekar tanah, boleh dapat hasil berapa kg salak ni ..??
    2. pohon salak ni boleh tahan berapa lama dari mula kita kutip hasil
    3. adakah hasil salak ni stabil jer setiap kali mengeluarkan hasil sekiranya baja n makhluk perosak dikawal

  17. wan says:

    Salak (Salacca zalacca)

  18. zakirawang says:

    >500 pokok boleh tanam. kalau cukup penjagaan boleh dapat 1000 keatas sebulan bila pokok usia 4 tahun keatas

  19. zakirawang says:

    Semai dalam polibag, 3 hingga 6 bulan tananlah.

  20. zakirawang says:

    semai lagi bagus. tanam biji terus pun boleh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s