Berkebun salak sebagai pendapatan sampingan

Mula-mula saya berkebun sebagai hobi, penuhi masa lapang. Sedar tak sedar dah tiga tahun lebih berkebun dapat juga duit tepi hasil kebun. Dalam suasana ekonomi hari ini kalau gaji kakitantangan kerajaan ni, lepas bayar hutang, cukup-cukup makan je. Tupun kalau dua-dua suami isteri kerja . Kalau sorang je kerja, anak ramai memang semput. Kalau ada pendapatan sampingan dua tiga ratus sebulan legalah sikit.

Berkebun untuk tambah pendapatan ni kena lihat juga potensi produk yang nak kita hasilkan. Saya pilih pokok salak kerana banyak faktor. Jarang orang tanam lebih-lebih lagi di sebelah selatan ni kalau pantai timur dah banyak jadi nak jual tak ada masaalah. Tanah saya ni selalu banjir kalau tanaman lain seperti pisang tak sesuai kalau salak tahan lasak sikit tu pun ada juga yang kena penyakit. Kebun ni mesti dekat dengan rumah kite, senaglah kite tengok selalu.

Tanam salak untuk pendapatan sampigan tak perlu tanah luas-luas. Kurang satu ekar pun dah boleh. Kalau ada dusun buahan belakang rumah dibawahnya ditanamkan salak lagi sesuai.

Gambar pokok salak sekeliling rumah berusia

dua tahun lebih ada yang dah berbuah.

One thought on “Berkebun salak sebagai pendapatan sampingan

  1. sharil berkata:

    cara nak tanam pakai biji ke atau ada biji benih dia?pokok salak adakah perosak sangat suka? dari segi penjagaan dia mcm mana yea?

    satu pokok boleh keluarkan berapa kg? adakah bermusim?

    tanah saya selalu dinaiki air, adakah sesuai?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s