Doa untuk bertani

Karya tulis Arab frasa Bismillah

أَأَنْتُمْ تَزْرَعُونَهُ أَمْ نَحْنُ الزَّارِعُونَ‏.

A antum tazra`ûnahu am nahnuz zâri`ûn.

Apakah kamu yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?

Kemudian membaca doa berikut:

اَللَّهُمَّ اجْعَلْهُ حَرْثًا مُبَارَكًا، وَارْزُقْنَا فِيْهِ السَّلاَمَةَ وَالتَّمَامَ، وَاجْعَلْهُ حَبًّا مُتَرَاكِبًا، وَلاَ تَحْرِمْنِي خَيْرَ مَا أَبْتَغِي، وَلاَ تَفُتَّنِي بِمَا مَتَّعْتَنِي بِحَقِّ مُحَمَّدٍ وَآلِهِ الطَّيِّبِيْنَ الطَّاهِرِيْنَ.

Allâhummaj`alhu hartsan mubârakan, warzuqnâ fîhis salâmata wat-tamam, waj`alhu habban mutarâkibâ, walâ tahrimnî khayra mâ abtaghî, walâ tafuttanî bimâ matta`tanî bihaqqi Muhammadin wa âlihith thayyibînath thâhirîn.

Ya Allah, jadikan benih ini menghasilkan pertanian yang penuh berkah, karuniakan kepada kami dalam pertanian ini keselamatan dan kesempurnaan. Jadikan benih ini keberhasilan yang melimpah. Jangan halangi aku dari kebaikan yang aku harapkan, dan jangan binasakan aku karena hasil yang menyenangkan, dengan hak Muhammad dan keluarganya yang baik dan suci.

Kemudian taburlah atau tanamlah benih yang ada dalam genggaman tanganmu itu, insya Allah, tanamanmu akan berhasil.

4 comments Ogos 23, 2008 zakirawang

LAWATAN BAKSIS UTeM

AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN….

HARI NI, KAMI BERTUAH KERANA DIKUNJUNGI PELAJAR2 DARI BAKSIS UTeM… SAPA2 YG TAK PERNAH TENGOK BOLEH LAH KENAL HARI NI, 3 KG BUAH SALAK….LICIN. NASIB LE DIK TAK DPT MAKAN BYK SBB BANJIR HARI NI.

HAAA….TAU KE NAK BUKAK KULIT BUAH SALAK ?? ALAMAK ADA YG GIGIT PULAKKK….LUKA MULUT TU NANTI… TARIK BHG ATASNYA DULU….HA..BARU DAPAT.

OK LA NI KANDID KAMERA……

SELAMAT JALAN....NANTI DATANG LAGI YE....SALAM.

SELAMAT JALAN....NANTI DATANG LAGI YE....SALAM.

Add comment Ogos 23, 2008 zakirawang

Kisah kebun dalam Al-Quran

Allah berfirman dalam al-quran, surah al-Kafi ayat 32 hingga 44 yang bermaksud :

“Dan berikanlah kepada mereka sebuah perumpamaan dua orang laki-laki, Kami jadikan bagi seorang diantara keduanya (yang kafir) dua buah kebun anggur dan kami kelilingi kedua kebun itu dengan pohon-pohon korma dan diantara kedua kebun itu Kami buatkan ladang. (QS. 18:32). Kedua kebun itu menghasilkan buahnya, dan kebun itu tiada kurang buahnya sedikitpun, dan Kami alirkan sungai di celah-celah kedua kebun itu,” (QS. 18:33). dan dia mempunyai kekayaan besar, maka ia berkata kepada kawannya (yang mu’min) ketika ia bercakap-cakap dengan dia:”Hartaku lebih banyak daripada hartamu dan pengikut-pengikutku lebih kuat”. (QS. 18:34). Dan dia memasuki kebunnya sedang ia zalim terhadap dirinya sendiri; ia berkata:”Aku kira kebun ini tidak akan binasa selama-lamanya, (QS. 18:35). dan aku tidak mengira hari kiamat itu akan datang, dan jika sekiranya aku dikembalikan kepada Rabbku, pasti aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada kebun-kebun itu”. (QS. 18:36). Kawannya (yang mu’min) berkata kepadanya sedang dia bercakap-cakap dengannya :”Apakah kamu kafir kepada (Rabb) yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setetes air mani, lalu Dia menjadikan kamu seorang laki-laki yang sempurnak (QS. 18:37). Tetapi aku (percaya bahwa): Dialah Allah, Rabbku, dan aku tidak mempersekutukan seorangpun dengan Rabbku. (QS. 18:38). Dan mengapa kamu tidak mengucapkan tatkala kamu memasuki kebunmu “Maasyaa Allah, laa quwwata illaa billah” (Sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud, tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah). Sekiranya kamu anggap aku lebih sedikit darimu dalam hal harta dan keturunan, (QS. 18:39). maka mudah-mudahan Rabbku, akan memberi kepadaku (kebun) yang lebih baik daripada kebunmu (ini); dan mudah-mudahan Dia mengirimkan ketentuan (petit) dari langit kepada kebunmu, hingga (kebun itu) menjadi tanah yang licin; (QS. 18:40). atau airnya menjadi surut ke dalam tanah, maka sekali-kali kamu tidak dapat menemukannya lagi”. (QS. 18:41). Dan harta kekayaannya dibinasakan, lalu ia membulak-balikkan kedua tangannya (tanda menyesal) terhadap apa yang ia telah belanjakan untuk itu, sedang pohon anggur itu roboh bersama para-paranya dan dia berkata:”Aduhai kiranya dulu aku tidak mempersekutukan seorangpun dengan Rabbku”. (QS. 18:42). Dan tidak ada bagi dia segolonganpun yang menolongnya selain Allah; dan sekali-kali dia tidak dapat membela dirinya, (QS. 18:43). Disana pertolongan itu hanya dari Allah yang Hak. Dia adalah sebaik-baik Pemberi pahala dan sebaik-baik Pemberi balasan. (QS. 18:44).

Semoga kita tergolong daripada orang-orang yang suka mengambil pelajaran.

Add comment Ogos 23, 2008 zakirawang

Bertani tuntutan islam

Nabi Muhammad saw menjelaskan kepentingan pertanian dalam sabda Baginda bermaksud:

“Andainya kiamat tiba dan pada tangan seseorang daripada kamu ada sebatang anak kurma, maka hendaklah dia tanpa berlengah-lengah lagi menanamkannya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Rasulullah bersabda bermaksud: “Tiada seorang Muslim pun yang bertani, lalu hasil pertaniannya dimakan oleh burung atau manusia atau binatang, melainkan dia akan menerima pahala di atas hal itu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Baginda bersabda maksudnya: “Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman, melainkan Allah menetapkan baginya ganjaran sebanyak jumlah buah yang dihasilkan oleh tanaman berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Dalam sebuah hadis, Rasulullah diriwayatkan sebagai berkata maksudnya: “Sesiapa yang memiliki tanah, hendaklah dia mengusahakannya, namun jika dia tidak berupaya melakukannya, maka hendaklah diberikan kepada saudaranya (supaya diusahakan) dan janganlah dia menyewakannya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Bagi umat Islam, bidang pertanian adalah antara cara mudah bagi mendapat pahala dan ganjaran daripada Allah, selain menerima manfaat atau pendapatan halal daripada hasil jualan keluaran pertanian.

Add comment Ogos 22, 2008 zakirawang

KERABU SALAK

Kerabu salak ni enak dimakan bersama nasi putih.

Kerabu salak ni enak dimakan bersama nasi putih.

Bahan-bahannya :

  • Buah salak (hiris halus)
  • Buah mangga muda (hiris halus)
  • Taugeh
  • Kacang panjang
  • Kelapa goreng
  • Isi ikan kukus
  • Santan pekat (masakkan sikit)
  • Cili padi (potong halus)
  • Bawang besar (hiris halus)
  • Air limau
  • Garam/gula
  • Bahan-bahan lain yang sesuai boleh ditambah.

Cara-caranya :

  • Campur-campur je semua sekali….rasa..la, kalau suka pedas tambah lada, tak cukup masin tambah garam, tak cukup manis…bubuh gula..sonang je tue. Try le….dijamin berkhasiat.

2 comments Ogos 22, 2008 zakirawang

Banjir di kebun salak

Semalam hujan lebat…biasanya dalam masa setengah jam air naikkk, memang naik pun..tapi sejam lebih kemudian surut le. Sempat juga take photo utk tatapan….

Sebenarnya kalau lama terendam (sehari dua), buah akan rosak….tambah2 kalau berselut jawabnya..good le kat buah2 yg terendam tue.

kalau ada sampan boleh dayung kot...
kalau ada sampan boleh dayung kot…
Time ni kena pakai kasut bot
Time ni kena pakai kasut bot
group paling seronok bila banjir....quek..quek..

group paling seronok bila banjir....quek..quek..

Add comment Ogos 22, 2008 zakirawang

Pendebungaan salak

Pendebungaan salak boleh berlaku secara nature melalui angin, serangga dan lain-lain…

Tapi untuk mendapatkan buah yang lebat, pendebungaan perlu dibantu…

bunga betina yang sedang kembang, masa paling sesuai didebungakan

letakkan bunga jantan disisi bunga betina

9 comments Ogos 21, 2008 zakirawang

Benih salak daripada biji

benih salak sudah tumbuh

biji salak yang sudah bercambah

kerja memasukan biji benih dalam polybag

benih salak umur sebulan lebih

2 comments Ogos 19, 2008 zakirawang

Resepi Sambal Belacan Salak

  • Emm...enak, cubalah resepi ini.

    Emm...enak, cubalah resepi ini.

    BAHAN-BAHAN :

  • Buah salak yang telah dihiris halus ( buang bijinya )
  • Cili merah
  • Cili api
  • Bawang merah (goreng separuh masak)
  • Belacan (goreng garing)
  • Limau nipis/ limau kasturi
  • Garam & gula secukup rasa.

CARANYA :

  • Goreng bawang dan belacan (bakar pun okey gak)
  • Tumbuk/ kisar cili, bawang, belacan
  • masukkan garam & gula secukup rasa
  • Masukkan perahan air limau tadi
  • Akhir sekali masukkan hirisan buah salak.
  • Selamat menjamu selera.

Add comment Ogos 18, 2008 zakirawang

Snake Fruit / Salak Fruit / Buah Salak

ini gambar-gambar buah salak . rasanya masam ,manis, lemak ada kelat sikit..baik untuk kesihatan..


8 comments Ogos 18, 2008 zakirawang

Previous Posts Next Posts

Pages

Categories

Links

Meta

Calendar

November 2009
I S R K J S A
« Okt    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Most Recent Posts