Posts filed under 'Uncategorized'
Syukur….
Salam semua….sambil-sambil tengok buah salak tu…jom kita tengok nih…sure banjir kebun salak tu kalau betul2 feel’in
laa.
.
Apa guna pancaindera dan tubuh badan yang sihat sekiranya kita asyik mengeluh dan tidak bersyukur….syukur kerana kita diberi nikmat yang banyak….dan gunakanlah ia untuk melakukan perkara yang diredhai Allah.
ALHAMDULILLAH….
2 comments November 3, 2009
MUHASABAH DIRI
Salam semua…dalam meniti hari-hari yang kian mencabar, kadang-kadang kita terlupa di mana bumi dipijak dan langit dijunjung. Dan kita akan rencanakan sesuatu mengikut nafsu bukan mengikut syariat.
Allah Maha Pengasih Dan Maha Penyayang…dikala kita leka Dia “gerakkan” kita dengan pelbagai cara samada berbentuk ni’mat atau musibah.
Hanya orang yang peka dan selalu berfikir sahaja akan “terjaga” dari leka dan terus berusaha kepada yang lebih baik dan mencari keredhaanNya.
Tapi…adakah kita yang terpilih itu???
Bersyukurlah dengan apa yang ada…berusaha untuk dapatkan apa yang tiada… Kita hanya merancang dan Allah telah pun menentukannya…sebelum kita rancang.
Walau apa pun pekerjaan kita…itulah rezeki yang tertulis. Banyak/sikit bukan ukuran. Yang penting halal.
Renunglah….wahai jiwa.

3 comments Oktober 13, 2009
Selamat Berpuasa
Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu: “Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu”.(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Bulan ramadan ni kita digalakan untuk banyak bersedekah. Hasil kebun pun boleh disedekahkan untuk saham akhirat kita.

Buah salak untuk dijual ke..
2 comments Ogos 28, 2009
SELAMAT DATANG KE KEBUN SALAK PARUJAS 2009
Saya mengucapkan berbanyak terima-kasih kepada pengunjug-pengunjug. Sama ada dalam blog ini dan ke kebun salak. Terima kasih juga kepada pengunjung yang memberi komen dalam blog ini. Alhamdulillah permulaan tahun 2009 ini pengunjung kerap datang samada untuk melawat beli benih dan beli buah salak.

Bersama pengarah pertanian melaka.

Lawatan daripada pegawai Kementerian Kewangan

Meneliti pokok salak

Mendengar penerangan tentang pokok salak
16 comments Mac 31, 2009
JERUK SALAK
Assalamualaikum…semua, hari ini saya nak kongsi satu resepi yang saya dah cuba..emm..kelas gitu. Jeruk salak sendirian berhad ini bukan macam yang dipasarkan di Penang. Jadi kena try…kalau ada yang tak kena atau nak kongsi teknik lain boleh la kita sembang yaa..

JERUK SALAK
BAHAN-BAHAN :
1. Buah salak ( yang dah masak lagi best )
2. Gula melaka
3. Gula/ garam
4. Sedikit cuka
5. Air
6. Lada kering/ cili boh/ serbuk cili ( bagi yang suka pedas )
CARA-CARANYA :
1. Didihkan air, (agak-agak tenggelam buah salak)
2. Kopek kulit buah salak, bersihkan dan buka setiap ulas..masukkan ke dalam air yang telah mendidih tadi, masukkan sedikit garam, kacau, biarkan dalam 3 minit ( jangan lama sangat nanti buah jadi lebam ).
3. Toskan buah. Sementara menunggu air gula sejuk..masukkan buah ke dalam peti sejuk.
4. Masak gula melaka, garam, gula (kalau tak cukup manis), kalau nak gantikan dengan gula batu pun boleh. Jangan lupa cuka sikit. Kalau suka pedas boleh masukkan lada. Didihkan. Biarkan sejuk.
5. Bila air gula dah sejuk masukkan buah salak tadi. Simpan dalam peti ais…sehari dua baru rasa masam,manis….cubalah.
Saya sebenarnya dah cuba masukkan lada memang best tapi tersedak-sedak, mungkin bila pedas campur masam manis…jadi gitu.
9 comments Disember 23, 2008
Mengemas pokok salak
Pelepah dan anak pokok salak perlu dipotong setiap masa, kalau dibiarkan akan menjadi semak dan susah untuk masuk ke kebun.
Bagaimana pun kena hati-hati untuk memotong dan memungut pelepah-pelepah yang telah dipotong kerana banyak duri….silap-silap tercucuk bisa jugak rasanyaaa…

Sedang memotong pelepah salak

Perlu berhati-hati...nanti terkena duri.

Buah salak berada di luar bila pelepah selalu dibuang.

Buah salak jelas kelihatan dan senang untuk dipetik bila pelepah sentiasa dipotong...
Itulah sedikit tips untuk tatapan semua….
6 comments Disember 22, 2008
KUNJUNGAN STUDEN USIM KE KEBUN SALAK PARUJAS
Assalamualaikum…. cuti sekolah dah masuk 2 minggu…sekejap je. Sebelum tu saya nak ucapkan selamat mendapat haji mabrur kepada semua jemaah haji….terutama mak, ayah, k.long, abg husin, kak yah dan abg laan. Insya Allah tahun depan kami pulak nak jadi tetamu Allah….
Cuti ni ramai juga tetamu kami di sini….di kebun salak, alhamdulillah….selamat datang. Kali ini dari USIM, Pahang…seronok…jumpa dengan adik-adik USIM. Banyak pula soalan mereka tentang pokok salak…minat berkebun kot.
Add comment November 27, 2008
LAWATAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT KE KEBUN SALAK PARUJAS
Seramai empat puluh orang pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat telah berkunjung ke kebun salak. Kesemuanya dapatlah merasa buah salak yang baru saya petik dari kebun. Banyak jugalah persoalan yang mereka tanya tentang pokok salak ni. Beza pokok jantan dan betina, berapa tahun boleh buah, pokok boleh tahan berapa lama dan lain-lain lagilah.
Terima kasih kepada En. Suaini su PARUJAS kerana telah dapat mengatur lawatan untuk buat sekian kalinya ke kebun salakni. Secara tak langsung dapat mempromosikan kebun salak ni kepada orang ramai.
Add comment Oktober 29, 2008
PAMERAN SALAK DI ANUGERAH DESA CEMERLANG PARUJAS
Sempena hari anugerah ini, unit peladang kampung telah sepakat untuk adakan pameran hasil-hasil keluaran kampung ini. Jadi peluang ini saya ambil untuk adakan pameran pokok salak. Dapatlah jual salak, kebetulan benih salak ada stok yang mencukupi. Buah salak tak dapat jual kerana tak banyak yang masak. Buah ada sikit saja dapatlah untuk pengunjung rasa.
Add comment Oktober 19, 2008
PERSIAPAN PARUJAS UNTUK LAWATAN PM
ASSALAMUALAIKUM….
ALHAMDULILLAH KERANA MASIH DIBERI KESEMPATAN OLEH ALLAH UNTUK TAMPIL DI SINI. DENGAN RUANG NUR ISLAM DAN IMAN KITA PANJANTKAN KESYUKURAN…
ALHAMDULILLAH DENGAN IZINNYA JUGA PARUJAS TELAH TERPILIH SEBAGAI DESA CEMERLANG 2008. SEGALA USAHA DAN KEGIGIHAN AKHAWAT2 PARUJAS AKHIRNYA MENDAPAT PERHATIAN DARI PELBAGAI PIHAK, TERIMA KASIH…AGAR IANYA MENJADI PENGGERAK SEMANGAT AKHAWAT2 SEMUA.
JOM KITA TENGOK APA PERSIAPAN UNTUK MENERIMA KEDATANGAN PM….

DEWAN UTAMA
Add comment Oktober 13, 2008
| Previous Posts |
















