JERUK SALAK
Disember 23, 2008
zakirawang
Assalamualaikum…semua, hari ini saya nak kongsi satu resepi yang saya dah cuba..emm..kelas gitu. Jeruk salak sendirian berhad ini bukan macam yang dipasarkan di Penang. Jadi kena try…kalau ada yang tak kena atau nak kongsi teknik lain boleh la kita sembang yaa..

JERUK SALAK
BAHAN-BAHAN :
1. Buah salak ( yang dah masak lagi best )
2. Gula melaka
3. Gula/ garam
4. Sedikit cuka
5. Air
6. Lada kering/ cili boh/ serbuk cili ( bagi yang suka pedas )
CARA-CARANYA :
1. Didihkan air, (agak-agak tenggelam buah salak)
2. Kopek kulit buah salak, bersihkan dan buka setiap ulas..masukkan ke dalam air yang telah mendidih tadi, masukkan sedikit garam, kacau, biarkan dalam 3 minit ( jangan lama sangat nanti buah jadi lebam ).
3. Toskan buah. Sementara menunggu air gula sejuk..masukkan buah ke dalam peti sejuk.
4. Masak gula melaka, garam, gula (kalau tak cukup manis), kalau nak gantikan dengan gula batu pun boleh. Jangan lupa cuka sikit. Kalau suka pedas boleh masukkan lada. Didihkan. Biarkan sejuk.
5. Bila air gula dah sejuk masukkan buah salak tadi. Simpan dalam peti ais…sehari dua baru rasa masam,manis….cubalah.
Saya sebenarnya dah cuba masukkan lada memang best tapi tersedak-sedak, mungkin bila pedas campur masam manis…jadi gitu.
Entry Filed under: Uncategorized
9 Comments Add your own
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to comments via RSS Feed
1. zulkifly | Disember 24, 2008 at 5:02 pm
Assalamuailaikom,
Berapa lamakah tempoh tahan jeruk tersebut ,dan adakah rasanya
boleh di terima ramai & rasanya berbeza dengan jeruk yang dijual
dikedai.
Tq.
2. zakirawang | Disember 24, 2008 at 5:53 pm
Salam..
Kalau simpan dalam peti ais 2 minggu boleh tahan ( setakat yang saya buat) lagipun saya buat untuk makan je belum untuk dikomersialkan…ada juga saya beri pada kawan-kawan seronok diaorang makan…tapi kena cukup ‘pior’ dia punya rasa… Rasanya untuk jeruk yang lebih tahan lama kena tanya MARDI sbb ada sukatan tertentu utk masukkan bahan pengawet…TQ.
3. zulkifly | Disember 25, 2008 at 3:18 pm
Assalamuailaikom,
Saya pernah terbaca tentang hasil yang boleh dikeluarkan daripada
salak,seperti Keripik salak,potongan nipis salak dan dijadikan kering,
mungkin terbaru daripada resepi saudara sambal belacan salak,kiranya
dibuat secara komersial yang diiktiraf oleh mardi,mungkin menjadi satu
perniagaan pada saudara pada suatu hari nanti,dari segi marketing kena
usaha kuat dan bahan mentah berturusan.
Saya doakan saudara berjaya . Pasti boleh..
tq.
4. zakirawang | Disember 26, 2008 at 12:15 am
Waalaikummussalam,
Ya saya ada dengar juga tentang itu, tapi belum cuba… cuma sambal belacan tu makanan yang senang untuk dihasilkan dan segera,ramai juga orang yang suka sambal belacan cuma ditambah perisa salak…apa-apa pun terima kasih atas cadangan saudara.TQ.
5. al insan | Januari 12, 2009 at 2:43 pm
nampak sedap ja jerut salak tu.
6. Abd Rahman | Mac 8, 2009 at 7:17 am
assalamualaikum,
blog yang menarik tapi saya menghadapi kesulitan untuk membacanya terutama tajuk kerana saya rabun warna (hijau – merah). Saya terpaksa highlight terlebih dahulu tajuk untuk membacanya..
harap dapat tukarkan warna font untuk tajuk..
minta maaf kerana menegur…
wassalam
7. zakirawang | Mac 14, 2009 at 8:19 am
Terima kasih atas komen anda.
8. Tanpa nama | April 7, 2009 at 3:20 pm
Salam semua,
Saya nak tanya khabar sedara kita en.zulkifli….yg selalu singgah di blog ni dulu…kemana ya???
9. Ibrahim | Jun 11, 2009 at 10:19 am
Terima kasih resepi jeruk tersebut, saya dah cuba.. hhmmm taruk sembarang je sukatan bahannya.. boleh laa tahan jeruk sendiri.