PENDAPATAN SAMPINGAN YANG BERTERUSAN

 

Pejam celek dah 8 tahun berkebun salak. Berbaloi juga hobi berkebun ni, sekurang-kurangnya ada juga pendapatan sampingan. Nak kata lumayan tak juga, cuma senang berbelanja. Kalau harap gaji cukup2 saja. Lebih2 lagi perbelanjaan keperluan harian semakin meningkat hari demi hari. Gaji 4000 sebulan pun tolak hutang rumah ,kereta, bil dan lain2 ……licin……jauh sekali nak jadi kaya. Kaya bukan banyak mana gaji kita sebulan tapi berapa banyak dapat simpan sebulan….betul tak? Jadi pandai2lah berjimat dan berikhtiar pendapatan sampingan.

Buah salak..lebat, suka tengok!

Yang ni dah siap packing…RM5 sekilo..

cili fertigasi….fuhh berpeluh nak pungut satu bakul.

cuba teka berapa kilo…?

masih di tangkai…baru petik

Terung fertigasi…baru petik

sedap buat sambal belacan…cili fertigasi

 

inilah antara sumber pendapatan sampingan….2011.

memetik buah salak di kebun

Memetik buah salak ni tak menentu…kadang-kadang setiap hari boleh petik….bergantung atas permintanlah…buah salak ni lagi lama kat pokok lagi manis…tapi jangan terlampau masak tak sedap pula…<a href="http://zakirawang.files.wordpress.com/2010/04/dsc00779.jpg”>


Mai pakat kelih.

Assalamualaikum…hari ni sy nak kongsi gmbr salak ni. Maybe kawan2 kat luar sana pernaah tengok tp sbb ni dr keluaran kebun sy..sy teruja nak berkongsi.


Jgn keliru ni tangan si anak bukan tangan si ayah.


Bayangkan 4 biji sederet atas laptop. Agak2 sekilo brapa biji…cuba teka..

Selamat Berpuasa

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu: “Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu”.(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Bulan ramadan ni kita digalakan untuk banyak bersedekah. Hasil kebun pun boleh disedekahkan untuk saham akhirat kita.

Buah salak untuk dijual ke..

Buah salak untuk dijual ke..

SELAMAT DATANG KE KEBUN SALAK PARUJAS 2009

Saya mengucapkan berbanyak terima-kasih kepada pengunjug-pengunjug. Sama ada dalam blog ini dan ke kebun salak. Terima kasih juga kepada pengunjung yang memberi komen dalam blog ini. Alhamdulillah permulaan tahun 2009 ini pengunjung kerap datang samada untuk melawat beli benih dan beli buah salak.
dsc000431
Bersama pengarah pertanian melaka.
dsc00072
Lawatan daripada pegawai Kementerian Kewangan
dsc00074
Meneliti pokok salak
dsc00075
Mendengar penerangan tentang pokok salak

JERUK SALAK

Assalamualaikum…semua, hari ini saya nak kongsi satu resepi yang saya dah cuba..emm..kelas gitu. Jeruk salak sendirian berhad ini bukan macam yang dipasarkan di Penang. Jadi kena try…kalau ada yang tak kena atau nak kongsi teknik lain boleh la kita sembang yaa..

JERUK SALAK

JERUK SALAK

BAHAN-BAHAN :

1. Buah salak ( yang dah masak lagi best )

2. Gula melaka

3. Gula/ garam

4. Sedikit cuka

5. Air

6. Lada kering/ cili boh/ serbuk cili ( bagi yang suka pedas )

CARA-CARANYA :

1. Didihkan air, (agak-agak tenggelam buah salak)

2. Kopek kulit buah salak, bersihkan dan buka setiap ulas..masukkan ke dalam air yang telah mendidih tadi, masukkan sedikit garam, kacau, biarkan dalam 3 minit ( jangan lama sangat nanti buah jadi lebam ).

3. Toskan buah. Sementara menunggu air gula sejuk..masukkan buah ke dalam peti sejuk.

4. Masak gula melaka, garam, gula (kalau tak cukup manis), kalau nak gantikan dengan gula batu pun boleh. Jangan lupa cuka sikit. Kalau suka pedas boleh masukkan lada. Didihkan. Biarkan sejuk.

5. Bila air gula dah sejuk masukkan buah salak tadi. Simpan dalam peti ais…sehari dua baru rasa masam,manis….cubalah.

Saya sebenarnya dah cuba masukkan lada memang best tapi tersedak-sedak, mungkin bila pedas campur masam manis…jadi gitu.



Mengemas pokok salak

Pelepah dan anak pokok salak perlu dipotong setiap masa, kalau dibiarkan akan menjadi semak dan susah untuk masuk ke kebun.

Bagaimana pun kena hati-hati untuk memotong dan memungut pelepah-pelepah yang telah dipotong kerana banyak duri….silap-silap tercucuk bisa jugak rasanyaaa…

Sedang memotong pelepah salak

Sedang memotong pelepah salak

Perlu berhati-hati...nanti terkena duri.

Perlu berhati-hati...nanti terkena duri.

Buah salak berada di luar bila pelepah selalu dibuang.

Buah salak berada di luar bila pelepah selalu dibuang.

Buah salak jelas kelihatan dan senang untuk dipetik bila pelepah sentiasa dipotong...

Buah salak jelas kelihatan dan senang untuk dipetik bila pelepah sentiasa dipotong...

Itulah sedikit tips untuk tatapan semua….

KUNJUNGAN STUDEN USIM KE KEBUN SALAK PARUJAS

Assalamualaikum…. cuti sekolah dah masuk 2 minggu…sekejap je. Sebelum tu saya nak ucapkan selamat mendapat haji mabrur kepada semua jemaah haji….terutama mak, ayah, k.long, abg husin, kak yah dan abg laan. Insya Allah tahun depan kami pulak nak jadi tetamu Allah….

Cuti ni ramai juga tetamu kami di sini….di kebun salak, alhamdulillah….selamat datang. Kali ini dari USIM, Pahang…seronok…jumpa dengan adik-adik USIM. Banyak pula soalan mereka tentang pokok salak…minat berkebun kot.

Sesi taklimat soal jawab

Sesi taklimat soal jawab

Peserta USIM (muslimah)

Peserta USIM (muslimah)

Peserta lelaki USIM bersama Pak Lang (pengurus peserta)

Peserta lelaki USIM bersama Pak Lang (pengurus peserta)

Kalau nak menuntut ilmu...boleh mai lagi, Bergambar kenangan.

Kalau nak menuntut ilmu...boleh mai lagi, Bergambar kenangan.

LAWATAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT KE KEBUN SALAK PARUJAS

Seramai empat puluh orang pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat telah berkunjung ke kebun salak. Kesemuanya dapatlah merasa buah salak yang baru saya petik dari kebun. Banyak jugalah persoalan yang mereka tanya tentang pokok salak ni. Beza pokok jantan dan betina, berapa tahun boleh buah, pokok boleh tahan berapa lama dan lain-lain lagilah.

Terima kasih kepada En. Suaini su PARUJAS kerana telah dapat mengatur lawatan untuk buat sekian kalinya ke kebun salakni. Secara tak langsung dapat mempromosikan kebun salak ni kepada orang ramai.

Hadapan Pagar Rumah

Hadapan Pagar Rumah

Gambar di halaman rumah

Gambar di halaman rumah